Wednesday, June 25, 2008

Fasa kehidupan. part 1

0 comments
Hidup. Satu ketika dahulu masa zaman sekolah menengah, seorang cikgu kimia di sekolah menanyakan soalan, kenapa kita hidup? Takde siapa yg tahu jawapan.Lalu dia sendiri menjawab, kerana mati. Masa tu aku pun tak paham apa. Lagipun aku bukan peduli sangat apa yg dia membebel kat depan kelas. Setelah sekian lama aku pun terfikir mungkin betul apa yg dia cakap (sebab mati bukan tipu, tanya la kat sapa pun, mesti cakap mati tu betul)

Mengenai fasa kehidupan, aku yakin setiap orang mempunyai jalan hidupnya sendiri. Aku dengan jalan hidup ku sendiri. Tapi sekurang kurang nya kebanyakan orang yg aku kenal paling tidak mempunyai sedikit persamaan dalam fasa kehidupan. Contohnya, kita mesti melalui zaman persekolahan, sekolah rendah, menengah, university atau kolej, bekerja dan sekarang mungkin berkeluarga.

Dalam kebanyakan fasa kehidupan, tidak dapat dinafikan zaman sekolah menengah adalah zaman yang paling menarik untuk dikongsikan dengan kenalan. Sampai sekarang pun aku masih rapat dengan kawan sekolah lama dan bila berjumpa, kisah di sekolah dahulu tidak dapat dilupakan.
Read full story